Seruan Solidariti Global bersama #OccupyGezi pada 8-9 Jun
Menyeru semua bandar-bandar seluruh dunia! Turun hujung minggu ini untuk menuntut semula dataran dan ruang-ruang awam kita sebagai tanda solidariti dengan #OccupyGezi dan kebangkitan gelombang protes rakyat di Turki!
Apa yang bermula sebagai pendudukan kecil sekumpulan aktivis untuk melindungi Gezi Park di Istanbul telah meletus dalam masa beberapa hari menjadi protes besar-besaran yang merebak pantas ke seluruh negeri Turki. Satu pencetus utama kebangkitan ini ialah tindakbalas ganas dan kekerasan oleh pihak polis.

Gezi Park telah menyatukan perjuangan menyelamatkan ruang-ruang awam yang semakin mengecil akibat dirampas agenda neo-liberal yang autoritarian, serta membuktikan betapa pentingnya ruang bernafas dan ruang demokrasi di tengah-tengah kesesakan gas pemedih mata yang menyelubungi bandar Istanbul. Tanpa rasa takut, ratusan-ribu rakyat mengingkari kekejaman polis dengan bertindak turun ke jalanraya bagi menyokong pendudukan di Gezi Park walaupun dengan blackout menyeluruh dari media-media arus perdana.
Sekarang kita bukan saja berjaya menuntut semula Gezi Park, tetapi juga Dataran Taksim yang menjadi simbol utama ruang awam dan ruang demokrasi rakyat Turki, tapak di mana ekspresi penentangan dan perlawanan massa rakyat telah diharamkan berulang-kali dalam sejarah negeri Turki.
Bila Taksim dan Gezi semakin melimpah setiap malam kerana dibanjiri ribuan rakyat yang turun untuk meraikan solidariti, kemenangan dan kuasa rakyat, penentangan dan resistansi rakyat akan berterusan di bandar-bandar lain seluruh Turki. Satu perkara yang pasti: Tiada apa yang akan kekal sama, perubahan pasti datang.
Tunjukkan sokongan dan solidariti bersama #OccupyGezi hujung minggu ini pada 8hb-9hb Jun 2013. Tuntut semula Dataran Tahrir, Dataran Syntagma, Dataran Sol, Zuccotti Park, Dataran Merdeka, serta ruang-ruang awam di bandar-bandar seluruh dunia! Percayalah, dataran dan ruang awam adalah milik rakyat!